CERITARA HIDUP SAYA

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

nuffnang ads

Sabtu, 15 September 2012

Hari minggu Bersama pErasaan

lama jugak aku tak tulis dalam blog ni... sebenarnya ada satu ketakutan dalam jiwa aku ini!!! aku semakin takut dengan diri aku sendiri!!! Apa yang aku buat hari-hari ialah mengenangkan  dia yg trsYg!!! rindunya aku kat diA ni hanya tuhan sahaja yang tahu!!! Ya Allah, makbulkanlah doaku yang satu ini. jentikla hatinya Ya Allah agar mengirim khabar,,jiwaku cukup tersiksa menanggung rindu ini... Aku terlalu ingin untuk hidup bersama-sama dengan dia!!! Hidupku bertahan hanya kerana dia!!! Ya Allah, Kau lindungilah dia itu dan diriku daripada segala bencana dan berkatilah kehidupan kami! Satukanlah hati kami agar dapat mencipta segalanya dengan penuh bahagia...toLong Ya Allah, lindungilah diriku dan permudahkan urusan ku ya Allah!!!:'(

Khamis, 23 Ogos 2012

ceritara hidup kAmi....

apalah saLah aku lahir kAt dunia ini...kenapa orang melayan aku seperti ini...apa dosa aku?kenapa benci aku?aku hanya manusia yang meninginkan kasih sayang?tapi kasih sayang yang aku dapat melantun-lantun...aku seperti sebiji boLa?sebiji bola yang d'tendang kesana sini...wahai hamba Allah,engkau kasihan nilah diriku ini...aku perlukan kasih sayang ibu dan ayah?aku tidak layak kah untuk mendapatkan semua itu...sesungguhnya jika aku tahu hala tuju di dunia ini,aku tidak mengharap apa-apa daripada kaLian..aku ingin menjadi seperti kanak-kanak lain...yang mempunyai ibu dan ayah...mempunyai pakaian yang cantik-cantik...hari-hariku sentiasa d'belai...tapi aku tahu akau ini cuma anak jalanan yang mengemis segala-galanya..setiap tempat aku pergi pasti ada yAng ingin membuAng aku....jika aku tahu erti dunia atau erti kehidupan d'dunia...ketika Hari raya,semua bergembira membeli baju baru,kasut baru dan segalanya bAru..tapi,aku....hanya berselipar jepun berbaju melayu senteng dan kakakku hanya berbaju kurung lama...inikah nasib yang d'anugerahkan dari iLahi kepadaku...hanya mengharapkan sanak-saudara yang memberikan segaLanya...terkadang mereka ada jugak masalah lain..tetapi hanya itu yang aku ada...aku hanya menumpang kasih sayang..kebahagiaan,dan kegembiraan dengan mereka...apalah nasib aku d'beri orang tua yang tidak bertanggungjawab menjaga,mendidik,aku dan kakakku...mungkin ini telah dicatat untukku di tempat yang bernama DUNIA....seandainaya mereka tahu pasti aku mempunyai sebuah keLuarga yAng bahagia....aku tetap harus jaLani apa yang teLah tertuLis untukku...inilah mungkin kata-kata ataupun perasaan yang terpendaM di daLam hati dua orang insan yang muLia iaitu NUR ALIYA QAISARA & AMIRUL AIMAN BAHARIN
semoga sesuatu saat nanti Allah menganugerahkan seribu kebaikan kepada mereka berdua...wahai aliya dan amiyoii ina sayang sangat kat korang...jangan sedih2 yup sayang ina pun selalu menitiskan air mata bila melihat keadaan korang,cuma ina beLum mampu untuk membantu korang,ina cuma buat apa yang ina mampu....sayang korang...muahhhh cYg ayoii cYg aLiya...

Sabtu, 18 Ogos 2012

semOga ada sinAr

maLam nie maLam raya....kenapa erkkk aq rasa cAm tak happy je...ke seBab diA tak email aku....hati rAsa mAcam tak serOnok je,,dah seminggu lebih tunggu emAiL dari kau nie,satu email pun tak de,,,ape kAu buat sampai tak de masa sesaat pun tuk aku...toLong la faham hati aku ni....apa la agaknye kau buat sekarng nie erkk..?tengah berseronok bersama si dia ke?? tengah melalak ke?tengah drive ke?ko kan sukE buat keje giLe kAn?tapi kenapa tk email aku langsung cam pelik je?nk cakap ko x de mase?nthlaaaa my be kOt?nk cakap lupa kat aku,jauh sekali,sebAb kau pernah cakap setiap saat kau sentiasa ingat kat aku...sO,sebab ape sebenarnnya saYang...awak x tahu ke hati saya macam mane?awak tak tahu ke keadaan hati saya kaLau awak terus berdiam diri macam nie....Ya Allah hamba tahu hamba tidak layak untuk memOhon kepadaMu tapi Ya Allah pada siapa lagi hamba ingin memOhon kalau bukan padaMU...Ya ALLAH HANYA ENGKAU SAHAJA YG TAHU APA ADANYA didaLam hati hamba ini kaLau bukan nAmanya...semOga engkau memperkenankan dOaku yAng satu ini...amin..tunggu dan terus menunggu,,,saya setia menunggu awak...semOga ada sinAr..

Jumaat, 17 Ogos 2012

kAsih tidAk bErtEp!....

Salam. Apa khabar agaknya awak sekarang? Semoga awak sihat dan bahagia hendaknya bersama keLuarga tersYg.. Barangkali saat ini bukan waktu yang sesuai untuk saya membicarakan perasaan saya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya saya pada awak... Setiap kali saya terpandang manusia yang sebaya awak, begitu meronta-ronta hati saya wak... Tapi eyna belum pernah putus asa berdoa agar kita disatukan semula... Terlalu ingin eyna nak tengok AWAK depan mata saya... Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku dan bahagiakan keLuarganya serta dekatkan hati kami semuLa .....kErana semua itu hak miLikMu ya Allah....

Khamis, 16 Ogos 2012

r!ndu yAng t!dAk tErtAnggung

Assalamualaikum... duhAi insan yAng ku sAyAng kErAnA Allah.. ...
Semoga sihat dan sejahtera hendaknya...dan sentiasa berada dibawah lindunganNya selalu... Apalah agaknya khabar  awak sekarang ye... ingatkah awak pada saya sekarang ini...? saya terlalu rindukan awak...tapi apalah daya saya nak... Saban waktu yang boleh saya buat ialah mengenang dan merindui awak selalu... Terlalu berat sangat menanggung beban kerinduan ini sayang. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada di hati saya ini ... YA Allah...perkenankanlah doaku yang satu ini agar aku dapat mengurangkan bebanan rindu ini...kasihanilah diriku dan dia Ya Allah... janganlah pisahkan kami ...Amin...

Sabtu, 11 Ogos 2012

HATi

Hati
Hati seorang Ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya
Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya.


Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya
"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya.
"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab:
"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

p/s: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin

Khamis, 9 Ogos 2012

Batinku menjerit, namun tiada suara....

...Hari ni dah hari khamis, tak lama lagi nak hari raya... Aku rasa semacam jer.. Kalaulah boleh mati sekejap dan kemudian hidup balik!!! Raya tahun ini adalah raya yang paling tak best kot... Untuk pertama kalinya dalam hidup aku, tak balik kampung, tak sibuk dengan kuih-muih raya, tak peduli dengan daging, ketupat dan sebagainya.... Dah penat aku nak melalak!!! dok kat umah pun sesorang je!!! punyalah sunyi jiwa batin aku, hanya Allah sahaja yang tahu!!! Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk semua ini!!! Berkatilah hidup aku dan perkenankanlah doa yang aku minta itu!!! Kau jualah Yang Maha Mengetahui yang mana satu doaku itu....Amin.

luahan hati seorang hAmba...

cintA

Rasa lahirnya impianku
Bila terpandang wajahmu
Lirik senyuman kilauan mata
Memikat memukau jiwa ini
Inginlah aku menyapa
Mahu ku kenali hatimu
kini Ku sedari ini bukan biasa

tak dapat aku lindungi perasaan
Engkau impian yang aku idamkan
Kau yang ku puja, kau yang ku sanjung
Kau yang aku perlukan
Kau yang ku sayang, kau yang ku cinta
Kaulah satu cinta terhalang

Engkau lafazkan perasaan
Setulus hati jiwamu
Penuh kepuasan, penuh bermakna
Memikat hati dan naluriku

Walau ku sadari
Kau tetapkan perasaanmu
Kau berikan cinta yang
Terpendam

Walau ku tahu kita
Tak mungkin bersama
Tetap ku sanjung cintamu yang suci?walau terhalang

Isnin, 6 Ogos 2012

SEgAlanya sunyi


.SEGALANYA SUNYI...

...hari-hari yang dilalui saban waktu terasa semakin mendesak dan menghimpit rasa... Entah kenapa semuanya semakin membuatkan aku jadi serba tak kena... Ketakutan semakin lama semakin kuat mendatangi hati aku... Ya Allah, hanya kaulah yang tahu segalanya didalam hatiku ini!!! , aku terlalu-lalu rindu sangat dengan dia... entah apa lagi yang harus aku lakukan agar segalanya terlerai... Ya Allah, tiada lagi ruang untuk aku bersatu semula dengan dia!!! Kasihanilah diriku ini ya Allah... Ya Allah, peliharalah diriku ini, peliharalah akal dan hati ku ini!!! Aku sangat-sangat takut andai aku berada diluar kawalan... Tiadakah caranya lagi Ya Allah...? Temukanlah semula aku bersama hambumu itu dan dapatkanlah kami berjumpa ... Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku dan kasihanilah aku...

AdakAh kasih syg itu sudah pudar...??

kenapa??kenapa??kenapa terus berdiam diri?adakah kasih syg kita sudah sampai penghujungnya.kenpada kau tak terus terang?.susah sangat ke nak cakap?tOlong jangan buat macam ni..hancur hati d'buatnya...     Ya Allah,peluk la hatiku Ya Allah,tika ini,saat ini,hAmba mOhon keredhaan mu Ya Allah,hAmba mOhon ketenganmu,aku serAhkan dia d'bawah perlindungan mu ya Allah..kAu jentik la hatinya untuk hamba Ya Allah...HAMba mohon Ya Allah.....