Apabila kita tulus menyayangi seseorang dah tentulah kitaMENERIMA DIRI DIA SEADANYA. Setiap manusia dijadikan tidak sempurna. Lebih bab yang ini, terkurang bab yang itu. TIDAK MENGUNGKIT KESALAHANNYA. Hati sentiasa berkata dia ada kekurang, aku pun ada kekurangan. Kita semua ada kekurangan masing-masing. Takpelah.. yang penting kita REDHA dengan setiap apa yang Allah telah anugerahkan untuk kita. Itu lebih baik. KitaTIDAK SUKA ORANG MENGATA BURUK TENTANGNYA dan berusaha untuk MENEGURNYA SECARA LEMBUT AGAR DIA TIDAK TERASA. MAAFKAN SEGALA KESALAHANNYA. Kita pun tahu kita mempunyai kesalahan dan kekurangan. Kita pun mahu org memaafkan kesalahan kita bukan? BEKORBAN DEMI DIA. Biarlah kita tak dapat sesuatu yang kita mahukan asalkan orang kita sayangi dapat apa yang dia mahukan. Takpelah, KITA AKAN GEMBIRA BILA DIA GEMBIRA. BERI RUANG PADANYA untuk dia melakukan apa yang dia suka dan sentiasa MENJADI TEMBOK UNTUKNYA BERPAUT apabila dia terjatuh. Apabila kita menyayangi seseorang itu, kita TIDAK PERNAH BERKIRA dengannya dan akanBERI YANG TERMAMPU. PERCAYA PADANYA walau apa pun orang kata kerana kita terlalu menyayanginya. Bahkan kita berusaha bersamanya untuk membuktikan apa yang mereka kata itu tidak benar. Kita SENTIASA MENDOAKAN KEBAIKAN ke atasnya. Sentiasa ingat dia di dalam setiap doa kita dan tak kesah jika dia tak doakan kita. Malah lebih mendoakan kebaikan ke atasnya berbanding diri sendiri.
TETAPI SEANDAINYA...
Jika suatu hari dia terlupa tentang jasa kita padanya, JANGAN MENGUNGKIT APA YANG TELAH KITA BERI kerana maksud ikhlas itu adalah MEMBERI TANPA HARAPKAN BALASAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan