malam hampir larut
malam juga sudah mula gerimis
inilah saatnya untuk kita kembali
kita sudah cukup jauh mengembara
menjelajah ke rumah-rumah kosong itu
aku tahu
perasaannya cukup teruja untuk mengisi kekosongan rumah itu dan bertemu serta berkenalan sama pemiliknya
aku juga tahu betapa seronoknya untuk bersama dan bergurau bersama pemilik itu
tetapi aku hanya mahu kembali pulang
sudah puas aku melihat destinasi indah
mengembara bersama insan seperti kamu
aku mohon maaf kerana pergi tanpa berada di sisimu
tetapi aku berjanji setiap detik aku di sini
setiap itu juga aku sedia menanti
maafkan aku
aku terpaksa pergi kerana terlalu menyayangi kamu
..............................................................................................
permulaannya hidup
dan akhirnya kematian
hidup tidak pernah pasti
tapi kematian adalah saat kepastian
yang telah direncanakan oleh tuhan
hidup juga adalah satu ulangan sejarah
yang telah terjadi terlebih dahulu
yang terjadi sekarang dan pada masa akan datang
apa yang aku alami
adalah apa yang kamu telah alami
buat detik yang berlalu
itu pasti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan